Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KKM memaklumkan bahawa meskipun terdapat peningkatan kes COVID-19 dalam komuniti sejak kebelakangan ini, purata kes mingguan masih kekal di bawah paras amaran kebangsaan dan tiada kematian dilaporkan setakat ini. Foto hiasan Envato

COVID-19: Subvarian JN.1 tidak berbahaya, tiada kematian dilaporkan – KKM

ByBernama

PUTRAJAYA, 12 Jun: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu COVID-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian-varian pada awal kemunculan wabak itu, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

Dalam kenyataan hari ini, KKM memaklumkan bahawa meskipun terdapat peningkatan kes COVID-19 dalam komuniti sejak kebelakangan ini, purata kes mingguan masih kekal di bawah paras amaran kebangsaan dan tiada kematian dilaporkan setakat ini.

“Situasi ini selaras dengan peralihan fasa hidup bersama COVID-19. Jangkitan juga dapat dikawal sekiranya tahap imunisasi dalam tubuh berada pada tahap optimum,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, golongan berisiko tinggi digalakkan mendapatkan suntikan dos tambahan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan, komplikasi serius dan kematian akibat wabak berkenaan.

Pemberian vaksin COVID-19 turut digalakkan kepada individu berisiko tinggi, termasuk mereka yang belum menerima vaksin sebelum ini; individu berumur 18 tahun dan ke atas; individu berumur 12 tahun dan ke atas yang mempunyai komorbiditi atau masalah sistem imun (immunocompromised); ibu mengandung serta anggota kesihatan.

Vaksin COVID-19 diberikan secara sukarela dan percuma di klinik kesihatan kerajaan terpilih di seluruh negara dan individu yang layak boleh membuat tempahan janji temu melalui aplikasi MySejahtera. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan