Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mayat lapan kanak-kanak yang menaiki sebuah bas sekolah serta pemandunya ditemukan selepas kenderaan itu dihanyutkan banjir di Wilayah Eastern Cape, Afrika Selatan, kata Premier wilayah itu Oscar Mabuyane pada Rabu, lapor agensi berita Jerman (dpa). Foto, media sosial.

Banjir dan salji lebat landa Afrika Selatan, ragut nyawa pelajar sekolah

ByBernama

JOHANNESBURG, 12 Jun: Mayat lapan kanak-kanak yang menaiki sebuah bas sekolah serta pemandunya ditemukan selepas kenderaan itu dihanyutkan banjir di Wilayah Eastern Cape, Afrika Selatan, kata Premier wilayah itu Oscar Mabuyane pada Rabu, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Tiga orang kanak-kanak berjaya menyelamatkan diri daripada tragedi itu dan operasi mencari masih diteruskan bagi memastikan sama ada terdapat mangsa lain yang turut dihanyutkan, kata Mabuyane.

Polis turut mengesahkan sekurang-kurangnya tujuh lagi orang maut di wilayah itu susulan hujan dan salji lebat, bersama suhu yang sangat rendah dan tidak seperti yang lazimnya untuk musim ini. Ratusan penduduk kehilangan tempat tinggal, manakala puluhan lagi dilaporkan hilang.

Pada Isnin, dua orang kanak-kanak dilaporkan terperangkap di atas pokok selepas kampung mereka ditenggelami air dalam masa beberapa minit, menurut laporan media tempatan.

Pasukan penyelamat termasuk penyelam menjalankan operasi selama lebih 36 jam, menurut  polis.

Di sebelah utara, salji lebat di Wilayah KwaZulu-Natal menyebabkan beberapa laluan utama terhalang, termasuk lebuh raya N2 yang menghubungkan Cape Town ke Durban. Wilayah KwaZulu-Natal kebiasaannya mempunyai iklim subtropika.

Lapan daripada sembilan wilayah di Afrika Selatan dilanda oleh cuaca sejuk luar biasa, menurut pejabat kaji cuaca Afrika Selatan, dengan Eastern Cape dan KwaZulu-Natal paling teruk terjejas.

Walaupun salji biasanya turun di kawasan tanah tinggi di Afrika Selatan semasa musim sejuk Hemisfera Selatan, salji lebat dan meluas jarang berlaku.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan