Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah balairaya komuniti bernilai RM400,000 sedang giat dibina di Debak bagi menyediakan kemudahan selesa untuk pelbagai aktiviti penduduk setempat. Foto TVS

Balai raya dibina di Debak perkukuh aktiviti komuniti

Debak, 12 Jun: Sebuah balai raya komuniti bernilai RM400,000 kini dalam pembinaan di Debak sebagai usaha memperkasa kemudahan infrastruktur luar bandar dan menyediakan ruang selesa untuk pelbagai aktiviti penduduk setempat.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Datuk Mohammad Razi Sitam berkata, kemudahan tersebut akan memenuhi keperluan komuniti dalam menganjurkan pelbagai program seperti mesyuarat, majlis perkahwinan, aktiviti keagamaan, serta program belia dan wanita.

“Pembinaan balai raya ini adalah antara komitmen kerajaan dalam membangunkan infrastruktur luar bandar dalam memenuhi keperluan rakyat di Debak khususnya.

“Balai raya ini bukan sahaja simbol pembangunan fizikal, tetapi juga menjadi tempat menyatukan komuniti serta menjayakan pelbagai program sosial dan kebudayaan,” katanya selepas meninjau tapak projek pada Khamis.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada JKR sebagai agensi pelaksana projek.

“Saya amat berharap agar projek ini dapat berjalan lancar dan siap mengikut jadual serta mengikut spesifikasi yang ditetapkan,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan