Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dalan aksi di hadapan lebih 60,000 penonton semalam, Malaysia menamatkan badi 11 tahun tanpa kemenangan ke atas Vietnam dengan meledak empat gol tanpa balas hasil jaringan Joao Figueiredo pada minit ke-49, Rodrigo Holgado (‘59), Corbin Ong (‘67) dan Dion Cools (‘89). Foto Bernama

Terima kasih PM – FAM

ByBernama

KUALA LUMPUR, 11 Jun: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Malaysia atas bantuan dan sokongan penuh buat skuad Harimau Malaya yang membawa kepada kejayaan dengan mencatat kemenangan besar 4-0 ke atas Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

FAM dalam kenyataan memaklumkan selain bantuan kewangan menerusi peruntukan khas buat Harimau Malaya, Kerajaan Malaysia menjadi pemudah cara dalam urusan dokumentasi pemain-pemain warisan baharu sehingga mereka lulus untuk turun beraksi pada perlawanan kedua Kumpulan F, Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2027 Arab Saudi itu.

“Sokongan penuh daripada kepimpinan tertinggi negara ini serta para penyokong diharap akan berterusan bagi memastikan prestasi skuad Harimau Malaya terus meningkat pada aksi-aksi antarabangsa yang akan datang untuk menjadi salah satu pasukan gergasi di rantau Asia,” menurut kenyataan itu.

Dalan aksi di hadapan lebih 60,000 penonton semalam, Malaysia menamatkan badi 11 tahun tanpa kemenangan ke atas Vietnam dengan meledak empat gol tanpa balas hasil jaringan Joao Figueiredo pada minit ke-49, Rodrigo Holgado (‘59), Corbin Ong (‘67) dan Dion Cools (‘89).

Keputusan dilakar itu menyaksikan Malaysia merampas kedudukan pendahulu Kumpulan F dengan mengumpul enam mata manakala Vietnam di tempat kedua dengan tiga mata. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan