Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pesara wanita di Pulau Pinang kerugian lebih RM1.6 juta selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan pelaburan dalam talian semalam. Foto hiasan, Envato.

Suri rumah rugi setengah juta ringgit ditipu pelaburan

GEORGE TOWN, 11 Jun: Seorang suri rumah wanita berusia 57 tahun berputih mata apabila wangnya lebih setengah juta ringgit lesap selepas diperdaya menyertai skim pelaburan secara bersemuka dipercayai tidak wujud.

Mangsa dikatakan mula terjerat selepas diperkenalkan oleh jirannya pada 2022 bagi menyertai satu pelaburan bernama Khazanah Bank Negara.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, wanita itu telah tertarik apabila dijanjikan keuntungan yang tinggi dalam masa singkat.

Katanya, jiran mangsa tersebut telah memperkenalkan dengan seorang wanita yang berperanan sebagai ‘pegawai pemasaran’ skim pelaburan itu.

“Wanita itu telah memberi penerangan kepada mangsa yang pelaburan itu menawarkan simpanan dan pelaburan satu kali ganda daripada jumlah modal dalam masa sebulan.

“Mangsa kemudiannya membuat pembayaran pada 4 Mac 2022 sehingga 22 Januari 2024 sebanyak 51 kali transaksi ke dalam lima akaun berbeza berjumlah RM521,450,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, mangsa akhirnya menyedari dia ditipu apabila ingin mengeluarkan keuntungan yang diperolehi tetapi suspek sering memberi pelbagai alasan.

“Salah satu alasan adalah pelaburan mangsa dikatakan belum capai tempoh matang dan dia tidak perlu risau kerana wang modal didakwa selamat disimpan di Bank Negara Malaysia (BNM).

“Dalam masa sama, mangsa dimint membuat pelbagai pembayaran tambahan untuk urusan mendapatkan modal dan untung seperti bayaran kepada BNM dan yuran guaman,” katanya lagi.

Menurut beliau, mangsa kemudiannya tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara di Kepal Batasa dekat sini semalam selepas menyedari ditipu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan