Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shaari melancarkan Advancing Future Skills for All (FS4A) di CelcomDigi Hub di Subang Jaya. Foto Afiq Johari (TVS)

Selangor, CelcomDigi bekerjasama pacu penggunaan teknologi AI

ByAmirah Shawel

PETALING JAYA, 11 Jun: Kerjasama antara Kerajaan Selangor dengan CelcomDigi disifatkan sebagai signifikan bagi memastikan negeri ini menelusuri era teknologi kecerdasan buatan (AI) dengan pemahaman dan kemahiran yang kukuh.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata kerjasama itu juga bertepatan dengan permulaan dasar bagi AI menerusi Kertas Putih yang akan dibentang pada tahun ini di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Jelas beliau, kertas putih itu dikemuka bagi memastikan rakyat Selangor mampu menguasai teknologi tersebut dengan pengetahun yang tinggi dan etika bagi meningkatkan kualiti kehidupan.

“Kerajaan Selangor perlu bekerjasama dengan CelcomDigi dan rakan kongsi (yang lain) kerana pada dasar kita memiliki beberapa asas dan berhasrat untuk mengembangkan lagi usaha ini untuk menjadi bandar pintar,” katanya semasa berucap pada Pelancaran Advancing Future Skills for All (FS4A) di CelcomDigi Hub di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata Kerajaan Selangor menerusi Rancangan Selangor Pertama (RS1) juga berhasrat untuk membangunkan ‘Greater Klang Valley’ sebagai usaha membina ekosistem antara empat bandaraya bersambungnya.

Beliau memberitahu empat bandaraya itu ialah Petaling Jaya, Shah Alam, Subang Jaya dan Klang.

“Greater Klang Valley dibangunkan berdasarkan rangka dasar dan teknologi bagi menggabungkan dan memperhubung empat bandaraya ini dengan satu ekosistem dan pentadbiran yang bersepadu di masa akan datang,” katanya.

Amiruddin menambah bagi merealisasikan perkara tersebut sektor pendidikan negeri terlebih dahulu harus diperhebat menerusi teknologi baharu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan