Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Delegasi Sarawak bersama pihak Sarawak Botanic Gardens. Foto Jabatan Hutan Sarawak

Sarawak teroka inovatif model taman Singapore Botanic Gardens

KUCHING, 11 Jun: Delegasi dari Sarawak diketuai Pengarah Hutan Sarawak, Datu Hamden Mohammad mengadakan lawatan penanda aras ke Singapore Botanic Gardens (SBG) pada Selasa dalam usaha memperkukuhkan inisiatif pembangunan Model Taman Orkid Sarawak.

Lawatan tersebut menerima sambutan mesra daripada Ketua Eksekutif Lembaga Taman Negara (NParks) Singapura, Hwang Yu-Ning, bersama beberapa tokoh utama dari Singapore Botanic Gardens termasuk Dr Thereis Choo (Pengarah Kanan), Dr Timothy Utteridge (Pengarah Penyelidikan Botani), Ooi Zong Yu (Pengarah Koleksi Hidupan & Pengurusan Kemudahan) dan Dr Nura Abdul Karim (Timbalan Pengarah, Latihan dan Perhubungan Luar).

Dalam ucapannya, Hamden menzahirkan penghargaan kepada pihak tuan rumah atas layanan dan kesediaan berkongsi kepakaran serta pengalaman yang bernilai.

“Kami berbesar hati dapat berada di institusi yang bertaraf antarabangsa ini. Lawatan ini sangat penting dalam usaha kami membina taman orkid yang bukan sahaja berfungsi sebagai tarikan pelancongan, tetapi juga sebagai pusat pendidikan awam dan pemuliharaan spesies orkid unik di Sarawak,” ujar beliau.

Delegasi Sarawak itu terdiri daripada beberapa latar belakang dan bidang kepakaran seperti penyelidikan dan pembangunan, konservasi hutan, seni bina, kejuruteraan serta pemantauan projek bagi kumpulan kerja pembangunan Model Taman Orkid Sarawak.

Selain daripada JHS, delegesi Sarawak turut disertai oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar (MUDeNR), serta Unit Perancang Ekonomi Sarawak (EPU).

Hamden berkata, Sarawak mempunyai lebih 1,000 spesies orkid, termasuk spesies ikonik Paphiopedilum sanderianum yang hanya ditemui di kawasan batu kapur Taman Negara Mulu.

Beliau menegaskan kepentingan melindungi khazanah alam ini yang kini semakin terancam.

“Seiring dengan itu, Sarawak kini giat meneroka pendekatan inovatif dalam pembiakan orkid, termasuk penggunaan teknologi kultur tisu dan mikropropagasi.

“Usaha ini bukan sahaja menyokong pemuliharaan, malah berpotensi mewujudkan peluang ekonomi melalui penghasilan hibrid baharu untuk pasaran hortikultur,” ujarnya.

Melalui lawatan ini, delegasi Sarawak dapat menimba ilmu dalam aspek reka bentuk taman lestari, penyelidikan kolaboratif, serta potensi kerjasama teknikal bersama SBG.

Pihak SBG turut menyatakan hasrat mereka untuk mewujudkan Memorandum of Understanding (MoU) bersama JHS berkenaan konservasi orkid.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan