Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
STB menerima anugerah Persembahan Terbaik di Pameran Pelancongan Antarabangsa Seoul (SITF) 2025. Foto STB

Sarawak perkukuh jejak di Korea, tumpu pasaran Asia Timur Laut

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 11 Jun: Sarawak terus memperkukuh kehadiran di pasaran Asia Timur Laut menerusi penyertaan dalam Pameran Pelancongan Antarabangsa Seoul (SITF) 2025 dan program libat urus perdagangan pertama di Busan.

Menurut Sarawak Tourism Board (STB), kehadiran itu adalah sebahagian strategi kluster pasaran serantau menjelang Ekspo Dunia 2025 di Osaka.

“Fokus kami bukan hanya kepada satu acara, kami membina kluster pasaran yang memberi manfaat jangka panjang kepada Sarawak,” kata Ketua Pegawai Eksekutif STB, Sharzede Datu Salleh Askor dalam kenyataan STB, hari ini.

Beliau berkata, pendekatan lebih menyeluruh akan membentuk visibiliti Sarawak sejajar trend pelancongan global.

“Matlamat kami adalah untuk memastikan Sarawak kekal relevan bukan sahaja di Seoul, tetapi juga di Osaka dan seterusnya,” tambahnya.

Sarawak mencatatkan ketibaan 12,972 pelancong Korea pada 2024, meningkat 20 peratus berbanding 2019. Momentum itu turut disokong dengan sesi kemas kini produk pelancongan di Seoul dan Busan pada 9 dan 10 Jun.

Delegasi Sarawak disertai wakil industri seperti Innosar Holiday, Grand Margherita Hotel & Riverside Majestic Hotels dan Persatuan Pelancongan Golf Sarawak.

“STB turut melancarkan halaman media sosial dalam bahasa Korea serta bekerjasama dengan pempengaruh tempatan bagi meningkatkan jangkauan digital,” menurut kenyataan itu.

Pavilion Sarawak di SITF 2025 turut menampilkan persembahan budaya dan aktiviti interaktif yang menarik ribuan pengunjung.

Tags: Korea, STB, TMM2026

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan