Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian mengetuai kunjungan hormat ke atas Datuk Bandar Shanghai Gong Zheng.

Sarawak perkukuh hubungan strategik dengan Shanghai

ByNajib Imran

SHANGHAI, 11 Jun: Aspirasi Sarawak untuk menjadi hab tenaga hijau dan ekonomi mampan di Asia Tenggara menerima sokongan kukuh daripada pemimpin Shanghai di China, dalam satu pertemuan rasmi antara kedua-dua pihak pada Selasa.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian, menegaskan bahawa kerjasama strategik dengan bandar metropolitan seperti Shanghai adalah penting untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi hijau dan kemajuan teknologi negeri.

“Shanghai bukan sahaja merupakan pusat R&D terulung, malah memainkan peranan penting dalam inovasi, logistik, pelabuhan dan penerbangan – semua ini adalah bidang yang seiring dengan keperluan pembangunan Sarawak,” jelas beliau selepas kunjungan hormat ke atas Datuk Bandar Shanghai, Gong Zheng di sebuah hotel di Shanghai.

Beliau turut diiring Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin, Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy dan Petros) Dato Ibrahim Baki, Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Datu Jafri Lias, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy Datuk Sharbini Suhaili, dan Pemangku Konsul Jeneral Malaysia-Shanghai, Nur Athira Hani Abdul Rahman.

Dalam pertemuan tersebut, Sim turut menyataksn hasrat Sarawak untuk mengadakan kolaborasi dalam penyelidikan bersama Universiti Fudan termasuk dalam bidang perubatan dan pembangunan teknologi tenaga.

Sementara itu Gong Zheng ujar Sim menyatakan sokongan terhadap kerjasama antara Shanghai Electric dan Sarawak Energy Berhad (SEB) yang disifatkan sebagai langkah penting memperluaskan potensi Sarawak dalam sektor tenaga boleh diperbaharui, khususnya solar dan hidrogen hijau.

Usaha ini katanya sejajar dengan sasaran Sarawak untuk memacu ekonomi berasaskan teknologi bersih dan memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi pelaburan tenaga mampan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan