Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Ding Kuong Hiing mengadakan kunjungan ke pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Bintangor pada Rabu. Foto Pusat Khidmat DUN Meradong

Projek RTP Meradong dipantau bagi elak kelewatan

BINTANGOR, 11 Jun: Pemantauan rapi terhadap pelaksanaan projek Transformasi Luar Bandar (RTP) di kawasan DUN Meradong bagi memastikan semua projek dapat disiapkan lebih awal dan memberi manfaat segera kepada penduduk setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing menegaskan perkara itu ketika mengadakan perjumpaan bersama agensi pelaksana di pusat khidmatnya

Menurutnya, pelaksanaan kerja bagi setiap projek perlu dipercepatkan memandangkan tahun kini sudah memasuki pertengahan, dan kelewatan akan menjejaskan manfaat yang sepatutnya dinikmati rakyat.

“Malah, cabutan undi bagi pelaksanaan projek juga harus disegerakan kerana saya khuatir projek tidak sempat disiapkan menjelang hujung tahun ini,” katanya.

Beliau berkata, kesemua projek yang disediakan oleh Kerajaan Sarawak itu memberi keselesaan dan amat bermanfaat untuk rakyat di kawasan Meradong, khususnya dari segi peningkatan infrastruktur.

“Saya berharap agar kerjasama antara semua agensi pelaksana terus diperkukuhkan supaya projek-projek RTP ini dapat dilaksanakan dengan lancar serta mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan,” tambahnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ding turut mengadakan lawatan kerja ke pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Bintangor hari ini.

Sempena kunjungan itu, beliau mengumumkan sumbangan dua unit penghawa dingin baharu untuk keselesaan kakitangan JPN Bintangor menjalankan tugas mereka.

“Yang penting mereka dapat menjalankan tugasan harian dengan lebih efisien, di samping menghargai hubungan baik yang terjalin sejak saya menjadi wakil rakyat di kawasan ini,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan