Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas bersama tetamu yang lain pada Majlis Kesyukuran Agama-agama Lain sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Limbang, hari ini. Foto UKAS

Penubuhan UNIFOR bukti kerajaan Sarawak pastikan keterangkuman sosial tanpa kira kaum, agama

LIMBANG, 11 Jun: Penubuhan Unit Hal Ehwal Agama-agama Lain (UNIFOR) di bawah Jabatan Premier Sarawak sejak tahun 2017 membuktikan kerajaan Sarawak sangat serius dan komited untuk memastikan impian keterangkuman sosial, perpaduan dan kebajikan rakyat Sarawak tercapai tanpa mengira kaum dan agama, lapor Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, UNIFOR telah memberi dana bantuan sebanyak RM475 juta kepada rumah ibadat agama-agama lain di Sarawak, termasuk Buddha, Kristian, Tao, Baha’i, Sikh dan Hindu berasaskan prinsip inklusiviti sosial.

Menurutnya, projek-projek ini termasuk projek bina baru, baik pulih, ubah suai, penyelenggaraan dan pembelian alat kelengkapan serta alat-alat keagamaan untuk rumah ibadat agama-agama lain.

“Selain itu, bantuan dana UNIFOR berjumlah RM90 juta juga diberikan kepada sekolah-sekolah mubaligh di Sarawak sejak tahun 2021. Maksudnya, RM565 juta telah diperuntukkan kepada UNIFOR oleh kerajaan Sarawak.

“Bantuan kewangan untuk rumah ibadat agama-agama lain dan sekolah mubaligh mencerminkan dedikasi kerajaan Sarawak dalam mempromosikan keterangkuman sosial serta memastikan bangunan mereka berada dalam keadaan yang selesa dan selamat untuk digunakan promosi keterangkuman,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada Majlis Kesyukuran Agama-agama Lain sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di sini, hari ini.

Premier Sarawak menambah, mulai tahun ini, UNIFOR berganding bahu dengan Juruukur Bahan dari Jabatan Kerja Raya Sarawak untuk memperkukuhkan kepakaran teknikal UNIFOR dalam penilaian permohonan geran.

Katanya, ini khususnya dalam pengesahan jumlah geran yang diminta berbanding skop kerja projek yang dicadangkan.

“Inisiatif ini memastikan bahawa jumlah permohonan adalah telus, munasabah dan selaras dengan keperluan sebenar rumah ibadat,” jelasnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan