Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Aidel Lariwoo menunjukkan peta jalan yang menghubungkan Jambatan Batang Samarahan yang baharu menuju ke Sejingkat. Foto TVS

Pembinaan Jalan Utama Kedua mengikut jadual

KOTA SAMARAHAN, 11 Jun: Pembinaan Jambatan Batang Samarahan baharu dan jalan berkembar di bawah Program Jalan Utama Kedua sedang berjalan lancar dan mengikut jadual yang ditetapkan.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak (MIPD), Datuk Aidel Lariwoo berkata projek berkenaan akan menjadi pemangkin utama kepada kelancaran trafik, khususnya bagi penduduk pesisir yang ketika ini berdepan kesesakan, terutamanya di sekitar Samarahan.

“Mengenai projek ini, saya gembira memaklumkan bahawa kemajuan pembinaan agak stabil, khususnya bagi Jambatan Batang Samarahan dan jalan sepanjang sembilan kilometer di bawah Pakej A1A.

“Sehingga hari ini, kemajuan dicatatkan pada 11.61 peratus berbanding jadual asal 11.43 peratus, iaitu 0.18 peratus lebih awal daripada perancangan,” katanya pada sidang media selepas melawat tapak projek, hari ini.

Beliau berkata, pembinaan jalan berkembar sepanjang sembilan kilometer itu dibina mengikut piawaian JKR R5 di bawah pakej yang sama dengan jambatan baharu terbabit.

Sementara itu, mengulas kemajuan kerja di bawah Pakej D3C yang melibatkan pembinaan jalan satu lorong sepanjang tujuh kilometer dari Batang Samarahan ke Sejingkat, Aidil mengakui berlaku sedikit kelewatan disebabkan masalah pembekalan bahan binaan.

“Kemajuan sebenar kini berada pada tahap 23.09 peratus berbanding jadual 23.13 peratus, iaitu kelewatan sebanyak 0.04 peratus.

“Kita telah meminta pihak kontraktor menambah kadar pembekalan bahan kerana kadar semasa masih rendah dan tidak mencukupi untuk membentuk keseluruhan tambakan di bahagian ini,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan