Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rampasan di Sri Aman membabitkan rokok putih dan minuman keras yang belum lulus cukai kastam. Foto PGA

Ops Taring: PGA Briged Sarawak catat rampasan RM11.9 juta

KUCHING, 11 Jun: Empat siri rampasan melibatkan pelbagai barangan bernilai kira-kira RM11.9 juta berjaya direkodkan oleh Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am (PGA) sepanjang pelaksanaan Op Taring Alpha dan Op Taring Awas/Batas di beberapa lokasi sekitar negeri ini.

Menurut Timbalan Komander Briged Sarawak PGA, ACP Rosdi Inai, rampasan terbesar direkodkan semalam, 10 Jun di Sri Aman, melibatkan 21,500 karton rokok putih dan lebih 51,000 liter minuman keras yang tidak lulus cukai kastam.

“Dalam serbuan kira-kira jam 4.30 pagi itu, dua lelaki tempatan berusia 44 dan 50 tahun ditahan bersama dua treler yang membawa empat kontena berisi barang terbabit. Nilai rampasan dianggarkan RM10.47 juta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rampasan kedua melibatkan 15 tan rotan tanpa permit bernilai RM620,000 di Bau pada 8 Jun, manakala dua lelaki tempatan berusia 25 dan 33 tahun turut diberkas.

Sementara itu, pada 6 Jun lepas di Bau, PGA turut merampas 7,800 kilogram makanan sejuk beku bernilai RM488,600 yang dibawa tanpa permit sah oleh seorang lelaki berusia 49 tahun.

“Pada hari sama, sebuah kenderaan Toyota Harrier yang dilaporkan dilarikan dengan penipuan turut dirampas di Padawan. Seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun ditahan dengan nilai kenderaan dianggarkan RM175,000,” jelas Rosdi.

Rampasan keempat pula membabitkan dua lelaki warga Indonesia di Lubok Antu pada 4 Jun 2025.

Mereka ditahan bersama 399 karton rokok pelbagai jenama dan 24 liter arak tidak bercukai yang dibawa menaiki motosikal, dengan nilai rampasan RM165,200.

Secara keseluruhan, sejak 1 Januari hingga 11 Jun 2025, Briged Sarawak PGA mencatatkan 209 kes rampasan bernilai lebih RM262 juta, melibatkan 321 tangkapan termasuk 81 warga asing serta 188 buah kenderaan pelbagai jenis. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan