Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Skuad Harimau Malaya menang dengan keputusan 4-0 ketika menentang pasukan Vietnam pada perlawanan kedua Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. Foto Bernama

Malaysia tamat badi 11 tahun tewaskan Vietnam

ByBernama

KUALA LUMPUR, 11 Jun: Revolusi skuad bola sepak Malaysia mula menampakkan hasil selepas mencatat kemenangan ke atas musuh paling ‘liat’, Vietnam 4-0 pada perlawanan Kumpulan F kempen kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam tadi.

Percaturan Harimau Malaya kendalian Peter Cklamovski yang diberikan lampu hijau membariskan pemain warisan baharu turut menyumbang kepada kejayaan pasukan negara sekali gus menamatkan kemarau 11 tahun untuk menewaskan pasukan Naga Emas itu.

Pada babak pertama, Malaysia mempamerkan penguasaan di bahagian tengah namun dilihat masih tercari-cari keserasian sesama pasukan sehingga sukar untuk menembusi pertahanan Vietnam.

Malaysia bagaimanapun hampir membuka jaringan menerusi Dion Cools pada minit ke-35, namun rembatan kencang daripada luar kotak penalti hanya menggegar tiang kanan gawang pelawat.

Malaysia kembali ke padang untuk meneruskan perlawanan separuh masa kedua dengan memperoleh jaringan pada minit ke-49 menerusi pemain warisan baharu Joao Figueiredo selepas rembatannya tertampan pemain pertahanan Vietnam sebelum bola singgah ke dalam gawang Nguyen Filip.

Momentum serangan diteruskan oleh pemain negara apabila seorang lagi pemain warisan baharu Rodrigo Holgado menambah jaringan menerusi sepakan leret di dalam kotak penalti 10 minit kemudian.

Pada minit ke-67, Malaysia menambah jaringan menerusi Corbin Ong selepas mendapat umpanan cantik Arif Aiman Mohd Hanapi sebelum Cools melengkapkan kemenangan Malaysia di laman sendiri apabila menanduk masuk bola pada minit ke-89.

Keputusan dilakar malam ini menyaksikan Malaysia merampas kedudukan pendahulu Kumpulan F dengan mengumpul enam mata manakala Vietnam di tempat kedua dengan tiga mata.

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan F, Laos mencatat kemenangan 2-1 ke atas Nepal di Stadium Nasional Laos untuk menduduki tempat ketiga berkongsi tiga mata dengan Vietnam.

Malaysia akan berdepan Laos pada 9 Okt bagi perlawanan ketiga Kumpulan F. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan