KUCHING, 11 JUN: Perbicaraan bagi kes sivil antara Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) sedang berlangsung di Mahkamah Tinggi ketika ini.
Difahamkan perbicaraan berkaitan pertikaian bekalan gas bernilai RM7.95 juta serta permohonan PETROS untuk mendapatkan pengisytiharan mahkamah bahawa tuntutan bayaran oleh PETRONAS di bawah jaminan bank adalah ‘perbelanjaan yang tidak berpatutan.’
Terdahulu, pada 5 Jun Mahkamah Tinggi menolak permohonan yang difailkan oleh PETRONAS pada 22 Mei lalu bagi menangguhkan atau menunda prosiding, dan menegaskan bahawa tiada keadaan luar biasa yang membolehkan penangguhan tersebut.
Berita lanjut menyusul. -TVS