Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan Kasihnya Warisan terus membara apabila seramai 100 pengayuh daripada kelab tersebut bersiap sedia menyertai Perlumbaan Perahu Bidar Regatta Sejijak 2025 yang berlangsung dari 11 hingga 16 Jun ini. Foto TVS

Kasihnya Warisan sasar gelaran Raja Sungai Sejijak 2025

ByTVS

MUKAH, 11 Jun: Semangat pasukan Kasihnya Warisan terus membara apabila seramai 100 pengayuh daripada kelab tersebut bersiap sedia menyertai Perlumbaan Perahu Bidar Regatta Sejijak 2025 yang berlangsung dari 11 hingga 16 Jun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian merangkap Penaung Kelab Kasihnya Warisan, Abdul Yakub Arbi hadir bagi menyuntik semangat dan menyantuni para pengayuh yang akan bertanding dalam kategori terbuka dan tertutup perlumbaan tersebut hari ini.

Menurut beliau, penglibatan aktif pasukan ini bukan sahaja menyerlahkan bakat anak tempatan dalam sukan tradisi, malah memperkukuh perpaduan komuniti melalui semangat kesukanan.

“Kelab ini telah membuktikan keupayaannya di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Saya percaya mereka mampu memberikan saingan hebat dalam usaha memburu gelaran Raja Sungai Sejijak tahun ini,” ujar Abdul Yakub.

Pada edisi tahun lalu, pasukan UDAK dinobatkan sebagai Raja Sungai Sejijak 2024 bagi kategori terbuka, manakala Pasukan Todak Berjaya muncul juara kategori tertutup.

Dalam perkembangan lain, Abdul Yakub turut merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada pasukan Kasihnya Warisan atas pencapaian cemerlang mereka dalam beberapa kejohanan perahu naga sebelum ini, termasuk Juara kategori 18 Krew, Piala Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah sempena 10th FCAS International Dragon Boat Festival, Naib Juara kategori 18 Krew, Piala Ketua Menteri Sabah, Juara kategori 18 Krew Terbuka, Juara kategori 18 Krew Tertutup Sarawak dan Naib Juara kategori Terbuka 12 Krew, Perlumbaan Perahu Naga Lawas.

Dengan semangat juang tinggi dan rekod pencapaian membanggakan, pasukan Kasihnya Warisan kini berada dalam kedudukan terbaik untuk mencabar gelaran Raja Sungai Sejijak 2025.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan