Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua jurulatih kebangsaan, Peter Cklamovski membawa skuad Harimau Malaya menang dengan keputusan 4-0 ketika menentang pasukan Vietnam pada perlawanan kedua Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. Foto Bernama

Cklamovski puji komitmen pemain

ByBernama

KUALA LUMPUR, 11 Jun: Komitmen ditunjukkan setiap pemain menjadi kunci kejayaan skuad Harimau Malaya menundukkan Vietnam 4-0 dalam aksi kedua Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Pengendali pasukan kebangsaan Peter Cklamovski berkata kemenangan malam tadi juga membuktikan keberkesanan latihan yang dilalui anak buahnya dalam tempoh singkat menerusi persembahan cukup membanggakan.

Malaysia tamat badi 11 tahun tewaskan Vietnam

“Pada separuh masa pertama, kita telah mencipta peluang terbaik manakala pada babak kedua pemain menunjukkan disiplin tinggi. Saya puji komitmen mereka dan mereka layak menang,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Bagaimanapun, beliau berharap anak buahnya tidak terlalui dibuai kejayaan malam tadi, dan perlu kekal fokus pada saingan Piala Asia kerana masih ada ruang untuk penambahbaikan menjelang perlawanan seterusnya.

Sementara itu, jurulatih Vietnam Kim Sang Sik mengakui kehebat skuad Harimau Malaya kali ini namun yakin masih ada peluang untuk pasukan Naga Emas membalas dendam pada aksi timbal balik nanti.

“Malaysia semakin hebat pada perlawanan malam ini. Kami memang jangkakan prestasi mereka lebih baik daripada sebelumnya.

“Pada babak pertama, kami ada buat perancangan tapi kami hilang dua tunggak pertahanan pada separuh masa kedua yang memberi kesan di benteng depan,” katanya.

Pada aksi di hadapan lebih 60,000 penonton malam ini, Malaysia menamatkan badi 11 tahun tanpa kemenangan ke atas Vietnam dengan meledak empat gol tanpa balas hasil jaringan Joao Figueiredo pada minit ke-49, Rodrigo Holgado (‘59), Corbin Ong (‘67) dan Dion Cools (‘89). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan