Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
China akan terus mengoptimumkan iklim perniagaannya dan menawarkan lebih banyak insentif dasar kepada syarikat asing, kata jurucakap Kementerian Luar Lin Jian dalam sidang media pada Selasa. Foto Bernama

China janjikan lebih banyak insentif dasar untuk syarikat asing

ByBernama

BEIJING, 11 Jun : China akan terus mengoptimumkan iklim perniagaannya dan menawarkan lebih banyak insentif dasar kepada syarikat asing, kata jurucakap Kementerian Luar Lin Jian dalam sidang media pada Selasa.

Menurut laporan, Dewan Perniagaan Denmark di China dan Dewan Perniagaan Jerman di China menyatakan bahawa syarikat-syarikat Eropah kini lebih bermotivasi untuk terus melabur di China.

Antara bidang kerjasama yang menjadi tumpuan ialah teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI) dan pemanduan autonomi.

Sementara itu, tinjauan terkini yang dijalankan Dewan Perniagaan Amerika Syarikat (AS) di China menunjukkan majoriti syarikat negara itu tiada rancangan untuk meninggalkan pasaran China.

Lin berkata perkembangan itu mencerminkan dunia menghargai unsur kestabilan dan keyakinan yang ditawarkan oleh pembangunan berkualiti tinggi dan dasar keterbukaan China.

Menurut beliau, terdapat lebih 73,000 syarikat asing yang menjana nilai import dan eksport di China dalam lima bulan pertama tahun ini, sekali gus mencipta rekod tertinggi dalam tempoh lima tahun.

Syarikat asing kini mempergiatkan pelaburan terhadap kuasa produktif kualiti baharu dan menyertai usaha inovasi China susulan wujudnya permintaan pasaran yang besar terhadap industri baharu dan format perniagaan baharu.

China juga mempunyai kelebihan unik menerusi rantaian perindustrian dan bekalan yang lengkap, sumber manusia yang kaya, serta ekosistem inovasi yang matang.
Kini, semakin banyak syarikat asing memilih menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) di China sebelum memperkenalkan produk mereka ke pasaran global. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan