Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto fail Reuters

Brazil tempah tiket ke Piala Dunia 2026

ByBernama

LONDON, 11 Jun: Brazil mengesahkan tiket ke Piala Dunia 2026 selepas menewaskan Paraguay 1-0 dalam penampilan sulung pengurus baharu Carlo Ancelotti di laman sendiri, menurut PA Media/dpa.

Perlawanan kedua kendalian jurulatih dari Itali itu berlangsung penuh bermakna di Sao Paulo hasil jaringan Vinicius Jr pada minit ke-43.

Pasukan tuan rumah menguasai perlawanan namun hanya mencatat empat percubaan tepat ke arah gol, dengan Paraguay memberikan tentangan hingga ke wisel penamat.

Keputusan itu lebih baik berbanding aksi pertama Ancelotti minggu lepas yang berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan menentang Peru.

Kemenangan itu menyaksikan Brazil naik ke tangga ketiga dalam kempen kelayakan zon Amerika Selatan (CONMEBOL), berkongsi mata dengan Ecuador di tempat kedua yang turut layak ke Piala Dunia selepas seri tanpa jaringan dengan Peru.

Enam pasukan teratas dalam kelayakan CONMEBOL layak secara automatik ke Piala Dunia.

Sementara itu, pendahulu kumpulan Argentina seri 1-1 dengan Colombia yang kini di tangga keenam, selepas jaringan Thiago Almada pada minit ke-81 membatalkan gol pendahuluan Luis Diaz pada minit ke-24. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan