Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Waris empat anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terlibat dalam tragedi kemalangan maut di Teluk Intan, Perak, baru-baru ini menerima hibah bagi manfaat perlindungan takaful termasuk khairat kematian dan badal haji daripada Bank Rakyat.

Bank Rakyat serah manfaat takaful kepada waris anggota FRU

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUALA LUMPUR, 11 Jun: Waris empat anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terlibat dalam tragedi kemalangan maut di Teluk Intan, Perak, baru-baru ini menerima hibah bagi manfaat perlindungan takaful termasuk khairat kematian dan badal haji daripada Bank Rakyat.

Bank Rakyat dalam satu kenyataan memaklumkan, dua daripada anggota yang terkorban iaitu Allahyarham Damarrulan Abdul Latif dan Allahyarham Akmal Wafi Annuar merupakan pelanggan produk takaful Bank Rakyat.

“Mereka merupakan pelanggan produk Bank Rakyat, termasuk Takaful Amani Plus serta Takaful Hayati yang menyediakan perlindungan dan pampasan kewangan bagi kematian atau hilang upaya semula jadi serta kerugian akibat kemalangan diri,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, Bank Rakyat turut memaklumkan bahawa Allahyarham Pozli Jaudin dan Allahyarham Roslan Abd Rahim yang merupakan anggota Bank Rakyat juga layak menerima manfaat khairat kematian anggota.

“Allahyarham Pozli Jaudin dan Allahyarham Roslan Abd Rahim yang merupakan anggota Bank Rakyat turut menerima manfaat khairat kematian anggota berjumlah RM3,000 setiap seorang,” jelas kenyataan tersebut.

Majlis penyerahan manfaat takaful itu disempurnakan oleh Naib Presiden Kanan Deposit Runcit dan Pengurusan Kewangan Bank Rakyat, Dr. Mokhrazinim Mokhtar bersama Pengarah Wilayah Utara Bank Rakyat, Tuan Syed Nasser Hussain Syed Othman Ali yang berlangsung bersama ahli keluarga mangsa di Ipoh, Perak dan Bertam, Pulau Pinang.

“Penyerahan manfaat ini sebagai tanda keprihatinan dan sokongan Bank Rakyat kepada keluarga yang terkesan,” katanya.

Bank Rakyat turut menzahirkan simpati terhadap kehilangan yang dialami keluarga mangsa.

“Kami amat bersimpati atas kehilangan yang dialami oleh keluarga mangsa dan berharap agar penyerahan manfaat ini dapat membantu ahli keluarga untuk meneruskan kehidupan seharian mereka dengan selesa,” kata kenyataan itu lagi.

Sebagai institusi kewangan Islam yang prihatin terhadap keperluan masyarakat, Bank Rakyat memaklumkan bahawa pihaknya menawarkan pelbagai pelan takaful mampu milik yang komprehensif dan mudah dilanggan, termasuk mereka yang berisiko tinggi seperti anggota badan beruniform.

Maklumat lanjut mengenai produk Takaful Amani Plus dan Takaful Hayati boleh diperoleh di semua cawangan Bank Rakyat atau menerusi laman sesawang rasmi www.bankrakyat.com.my. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan