Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Abdul Yakub Arbi menyampaikan sumbangan kepada salah seorang wakil penerima di Mukah, hari ini. Foto TVS

70 organisasi terima RM415,000 geran MRP Fasa 2 DUN Balingian

MUKAH, 11 Jun : Sebanyak 70 badan termasuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), persatuan, kelab serta badan bukan kerajaan (NGO) menerima peruntukan berjumlah RM415,000 menerusi Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bagi Fasa 2 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian.

Penyerahan geran itu disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi di sini, hari ini.

Menurutnya, pemberian geran MRP adalah antara inisiatif berterusan kerajaan Sarawak selaras dengan matlamat Pelan Pembangunan Pasca-Covid-19 2030 (PCDS 2030) yang menekankan keseimbangan pembangunan antara kawasan bandar dan luar bandar.

“MRP bukan sekadar bantuan kewangan, tetapi merupakan amanah dan tanggungjawab besar kepada penerima.

“Sumbangan bertujuan membantu komuniti luar bandar melaksanakan projek-projek kecil yang dapat meningkatkan kesejahteraan rakyat dan memacu aktiviti ekonomi berasaskan komuniti,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

Abdul Yakub turut mengingatkan semua penerima supaya mengurus dan melaksanakan projek dengan penuh integriti, telus serta mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Katanya, setiap aktiviti yang dijalankan harus memberi manfaat terus kepada komuniti setempat dalam aspek peningkatan taraf hidup, keselesaan, keselamatan atau peluang ekonomi.

“Rekod perbelanjaan yang teratur dan laporan kemajuan projek perlu disediakan sebagai bukti ketelusan dan tanggungjawab terhadap rakyat.

“Komuniti setempat juga perlu dilibatkan dalam proses perancangan dan pelaksanaan supaya wujud rasa kepemilikan terhadap program, sekali gus menjamin kejayaan dan kelestarian jangka panjang,” ujarnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan