Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Mohd Chee Kadir pada Bengkel Penyediaan Senarai RTP Bahagian Betong 2026. Foto Pusat Khidmat ADUN Kabong

25 projek dilaksana menerusi RTP Kabong pada 2026

KUCHING, 11 Jun: Sebanyak 25 projek telah dicadangkan untuk dilaksanakan menerusi Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) Kabong Tahun 2026 dengan jumlah peruntukan keseluruhan sebanyak RM5 juta.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata projek-projek ini dibahagikan kepada tiga sektor utama iaitu sektor jalan dan jambatan sebanyak 11 projek melibatkan peruntukan sebanyak RM2,160,000.

“Sektor pembinaan pula melibatkan tujuh projek dengan jumlah RM1,420,000 manakala sektor sosial sebanyak tujuh projek turut menerima peruntukan sebanyak RM1,420,000.

“Tiga agensi pelaksana utama yang terlibat dalam pelaksanaan projek-projek ini ialah Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan 10 projek, Majlis Daerah Saratok (MDS) sebanyak 12 projek dan Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) yang akan melaksanakan tiga projek,” katanya.

Terdahulu beliau menghadiri Bengkel Penyediaan Senarai Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) Bahagian Betong 2026  di sini, hari ini.

Bengkel ini bertujuan menyelaras serta merangka perancangan pelaksanaan projek-projek pembangunan fizikal yang bakal memberi manfaat secara langsung kepada rakyat di kawasan Kabong khususnya.

Beliau menekankan pentingnya kerjasama antara semua agensi pelaksana bagi memastikan projek-projek yang dirancang dapat dilaksanakan dengan cekap dan memberi impak maksimum kepada masyarakat setempat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan