Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Ekonomi Malaysia, Dato Hanifah Hajar Taib mempengerusikan Mesyuarat Pertama Majlis Penasihat Youth Sustainability Forum (YSF) 2025 dan Pemegang Taruh di Kuching, hari ini.Foto Hanifah Hajar Taib FB

YSF 2025: Sarawak diperakui sebagai peneraju hab ekonomi hijau

KUCHING, 10 Jun: Timbalan Menteri Ekonomi Malaysia, Dato Hanifah Hajar Taib mempengerusikan Mesyuarat Pertama Majlis Penasihat Youth Sustainability Forum (YSF) 2025 dan pemegang taruh di sini, hari ini.

YSF 2025 merupakan program tahunan anjuran Kelab Belia Prihatin dengan kerjasama Kementerian Ekonomi serta mendapat sokongan daripada Kerajaan Sarawak.

Sarawak dipilih sebagai tuan rumah bagi penganjuran YSF tahun ini yang diadakan dari 8 hingga 12 Ogos berikutan diyakini sebagai negeri yang aktif memacu pertumbuhan ekonomi hijau dan pembangunan tenaga bersih di Malaysia.

Mesyuarat berkenaan menjadi platform perbincangan bersama pihak berkepentingan bagi memastikan pelaksanaan YSF 2025 berjalan lancar.

Dalam pada itu, Hanifah menyambut baik penganjuran forum ini dan menyatakan sokongan penuh terhadap inisiatif tersebut.

Beliau menekankan bahawa YSF 2025 mampu memperkasakan kesedaran mengenai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dalam kalangan belia, khususnya di Sarawak.

Forum ini bukan sahaja memperkukuh kefahaman belia terhadap pembangunan mampan, malah berpotensi menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri menerusi kehadiran delegasi dari seluruh Malaysia dan rantau ASEAN.

YSF 2025 dijangka menjadi platform penting dalam menyemai semangat kepimpinan hijau dalam kalangan generasi muda demi masa depan yang lebih lestari.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan