LIMBANG, 10 Jun : Waktu operasi di Pos Kawalan Sempadan Imigresen Zon Utara Sarawak dan Brunei akan dilanjutkan sehingga jam 12 tengah malam bermula esok, Rabu hingga Ahad, 15 Jun ini.
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Brunei melalui notis pemakluman hari ini berkata lanjutan masa sehingga jam 12 tengah malam itu melibatkan Kompleks Kawalan dan Pemeriksaan Ujung Jalan, Pos Kawalan Sementara Labu, Pos Kawalan Imigresen Sementara Kuala Lurah dan Pos Kawalan Imigresen Sungai Tujoh.
“Waktu operasi pos-pos kawalan Imigresen Brunei akan kembali beroperasi seperti biasa bermula 6 pagi hingga 10 malam pada Hari Isnin depan (16 Jun) ” kata kenyataan itu lagi. -TVS.