Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota bomba giat menjalankan operasi pemadaman kebakaran membabitkan tiga deretan bangunan kedai yang musnah sepenuhnya di Pekan Bongawan. Foto JBPM

Tiga deretan kedai musnah terbakar di Pekan Bongawan

PAPAR, 10 Jun: Sebanyak tiga deretan bangunan kedai dua tingkat di Pekan Bongawan musnah terbakar dalam kejadian awal pagi ini.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.38 pagi sebelum jentera dari BBP Kimanis tiba di lokasi sembilan minit kemudian.

“Kebakaran melibatkan tiga deretan bangunan kedai yang terdiri daripada 16 unit. Kesemua bangunan terbakar 100 peratus,” menurut kenyataan itu.

Beberapa kenderaan turut terjejas dalam kebakaran berkenaan.

Pasukan bomba menggunakan tiga aliran dari jentera dan pili bomba untuk mengawal api yang berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 7.30 pagi.

Seramai 24 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kimanis, Papar dan Beaufort digerakkan bersama lima jentera termasuk FRT, EMRS dan kenderaan utiliti.

Operasi diketuai oleh PBK I KUP Nazir Chek Lah, dengan pengawasan Komander Operasi Kanan PPgB Nelson Ponji dan PPgB Rozlan Osman.

Punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan dan maklumat lanjut akan dikemaskini dari masa ke semasa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan