Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Industri Makanan, Komoditi & Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom. Foto Faitullah Morni (TVS)

Tanjung Purun perintis model pertanian bersepadu Sarawak

ByAdlina Rahman

LUNDU, 10 Jun: Kawasan seluas 187 hektar di Tanjung Purun dikenal pasti berpotensi besar untuk dibangunkan sebagai projek rintis pertanian bersepadu di Sarawak dalam usaha meningkatkan tahap sara diri negeri ini dan menjamin keselamatan makanan jangka panjang.

Menteri Industri Makanan, Komoditi & Pembangunan Wilayah,  Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, sebahagian kawasan itu telahpun dimanfaatkan untuk tanaman padi luar musim, dengan satu plot berkeluasan 12 hektar menunjukkan hasil memberangsangkan dan berpotensi dikembangkan.

“Kita telah cuba beberapa plot, dan ada satu yang benar-benar menunjukkan potensi. Tapi pertanian moden bukan hanya perlukan tanah, kita juga perlukan pencahayaan yang sesuai, kepakaran teknikal, dan sistem sokongan lengkap dari hulu ke hilir,” katanya ketika mengadakan lawatan ke tapak penanaman padi hibrid GS30 di sini, hari ini.

Menurutnya, bagi menjayakan usaha ini peranan ‘anchor’ atau pemacu amat penting, sama ada individu atau organisasi yang mampu menjadi penggerak utama, melatih petani dengan kaedah betul, dan mempunyai akses ke pasaran luar.

“Kalau ada anchor yang kukuh, sistem kontrak ladang bersama petani boleh berjaya. Tapi kalau semua bergerak sendiri-sendiri tanpa koordinasi, ia sukar untuk bertahan,” katanya lagi.

Setakat ini, kadar sara diri beras di Sarawak hanya sekitar 32 peratus atau 180,000 tan metrik setahun, masih jauh daripada sasaran minimum 60 peratus atau 450,000 tan metrik yang diperlukan untuk mencapai hasrat Sarawak menjadi pengeksport makanan bersih menjelang 2030. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan