Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Israel telah memusnahkan lebih 90 peratus bangunan sekolah dan universiti di Gaza, bersama lebih separuh daripada tempat ibadat dan tapak budaya di wilayah itu. Foto fail AFP

Suruhanjaya PBB dakwa Israel lakukan genosid di Gaza, serangan ke sekolah dan tempat ibadat

ByBernama

RAMALLAH, 10 Jun: Suruhanjaya Siasatan Antarabangsa Bebas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Wilayah Palestin Diduduki dan Israel, mendakwa Israel melakukan genosid  dengan menyasarkan orang awam yang berlindung di sekolah dan tempat ibadat di Gaza, sebagai sebahagian daripada apa yang digambarkan sebagai “kempen sistematik untuk menghapuskan kehidupan rakyat Palestin.”

Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA) melaporkan bahawa suruhanjaya itu, diketuai bekas Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB Navi Pillay akan membentangkan laporan penuh kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB di Geneva pada 17 Jun ini.

Dalam satu kenyataan menjelang pembentangan itu, Pillay berkata: “Terdapat bukti kukuh bahawa Israel sedang menjalankan kempen yang dirancang dan sistematik untuk menghapuskan kehidupan rakyat Palestin di Gaza.”

Beliau menambah bahawa sasaran terhadap kehidupan pendidikan, budaya dan keagamaan rakyat Palestin akan memberi kesan berpanjangan kepada generasi kini dan akan datang, seterusnya menjejaskan hak mereka untuk menentukan nasib sendiri.

Suruhanjaya itu telah menyiasat serangan Israel ke atas sekolah, masjid dan institusi budaya bagi menentukan sama ada undang-undang antarabangsa telah dilanggar.

Berdasarkan penemuan terkininya, Israel telah memusnahkan lebih 90 peratus bangunan sekolah dan universiti di Gaza, bersama lebih separuh daripada tempat ibadat dan tapak budaya di wilayah itu.

Laporan itu juga menyimpulkan bahawa tentera Israel telah melakukan jenayah perang, termasuk serangan secara sengaja ke atas orang awam serta pembunuhan terhadap mereka yang mencari perlindungan di kemudahan pendidikan dan keagamaan.

Suruhanjaya itu menyatakan bahawa kemusnahan terhadap sistem pendidikan Palestin tidak terhad kepada Gaza sahaja. Ia turut mengetengahkan peningkatan operasi tentera Israel di Tebing Barat, termasuk Baitulmuqaddis Timur, serta gangguan terhadap pelajar dan keganasan peneroka haram.

Israel menarik diri daripada Majlis Hak Asasi Manusia PBB pada Februari lepas dengan mendakwa ia berat sebelah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan