Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Siasatan kes kemalangan bas yang mengorbankan 15 nyawa di KM53 Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak awal pagi semalam, masih di peringkat awal, kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay. Foto fail Bernama

Siasatan nahas di Gerik masih di peringkat awal – Ayob Khan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 10 Jun: Siasatan kes kemalangan bas yang mengorbankan 15 nyawa di KM53 Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak awal pagi semalam, masih di peringkat awal, kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Beliau berkata terlalu awal untuk pihak polis mengumumkan sebarang dapatan ketika ini kerana siasatan masih berjalan.

“Siasatan masih berjalan dan selepas ini kita akan umum hasilnya, tetapi sekarang masih terlalu awal. Semalam Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husein dan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah dan Ketua Polis Perak Datuk Nor Hisam Nordin ada mengeluarkan kenyataan berhubung kes ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke 41 Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (Respa) di sini hari ini yang turut dihadiri oleh Pengerusinya Datuk Meor Chek Hussein Mahayuddin.

Dalam kejadian awal pagi semalam 15 mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) maut, dan 33 orang tercedera apabila bas yang membawa mahasiswa berkenaan terbalik dalam kemalangan tersebut.

Bas yang disewa khas oleh pelajar universiti berkenaan berlepas dari Jertih, Terengganu pada 9 malam Ahad dan sedang dalam perjalanan ke kampus universiti berkenaan di Tanjung Malim, Perak semasa kejadian.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan