Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sarawak teraju inovasi AI, kelestarian menerusi inisiatif baharu

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 10 Jun: Sarawak komited untuk menjadi peneraju dalam usaha menyeragamkan kecerdasan buatan (AI) dan kelestarian, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Dato Lo Khere Chiang.

Beliau berkata, penggunaan teknologi digital dalam tindakan iklim bukan lagi satu pilihan, tetapi menjadi tanggungjawab bersama semua pihak.

Menurutnya, menerusi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030, Sarawak berazam untuk menjadi peneraju serantau dalam infrastruktur pintar dan inovasi hijau, menjadikan negeri ini sebagai model bagi kelestarian dan teknologi.

“Kita perlu bekerjasama merentas kerajaan, industri, akademia, dan teknologi. Oleh itu, penandatanganan MoU hari ini adalah satu tanda tindakan yang nyata, bukan sekadar kata-kata.

“Ia juga membuktikan bahawa kita semua bergerak maju bersama. Marilah kita gunakan forum ini bukan hanya untuk berbincang, tetapi untuk membina,” katanya ketika berucap merasmikan Forum “AI Meets Sustainability: Driving Impact Through Digitalisation”, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Khere Chiang berkata, Sarawak kini berada di landasan yang tepat, dengan kepimpinan yang kukuh, termasuk sokongan penuh daripada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang memacu penggunaan AI dan teknologi untuk memajukan negeri ini.

Dalam pada itu, beliau juga berasa bangga dengan kemajuan yang dicapai Sarawak dalam bidang digital dan kelestarian, serta yakin negeri ini akan terus maju sebagai pendorong kepada perubahan yang lebih baik.

“Sebagai anak Sarawak, saya bangga melihat negeri ini bergerak maju dalam era digital dan kelestarian. Kita yakin bahawa dengan inovasi dan kepimpinan yang jelas, Sarawak akan terus berkembang sebagai pemangkin kepada perubahan positif,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan