Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom ketika melakukan lawatan ke tapak penanaman padi hibrid GS30 Tanjung Purun, Lundu, hari ini. Foto Faitullah Morni (TVS)

Sarawak berisiko hadapi krisis beras jika negara pengeksport henti bekalan

ByAdlina Rahman

LUNDU, 10 Jun: Sarawak berdepan risiko kekurangan bekalan beras jika negara pengeksport utama seperti India dan Vietnam menghentikan penghantaran mereka ke Malaysia, kata Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom.

Menurutnya, Sarawak masih belum mencapai tahap sara diri (SSL) dalam pengeluaran beras dan terlalu bergantung kepada import bagi memenuhi keperluan harian penduduk.

“Apa yang kita risaukan, jika satu hari nanti India dan Vietnam memutuskan untuk tidak lagi mengeksport beras, ketika itu keselamatan makanan kita akan terjejas dengan teruk,” katanya ketika ditemui media sempena Program Walkabout GS30 di Tanjung Purun di sini, hari ini.

Dalam program sama, Rundi turut melakukan lawatan kerja ke tapak penanaman padi hibrid GS30 di Tanjung Purun.

Mengulas lanjut, Rundi berkata, ketika ini kadar sara diri beras di Sarawak hanyalah sekitar 32 peratus, jauh daripada paras minimum 60 peratus yang disasarkan bagi menjamin bekalan makanan lebih stabil dan mampan.

Rundi berkata, Sarawak memerlukan sekurang-kurangnya 450,000 tan metrik pengeluaran beras setiap tahun untuk menampung keperluan rakyat, namun jumlah semasa hanya sekitar 180,000 tan metrik.

“Itu pun belum sampai separuh. Sebab itulah kita tak boleh terus bergantung kepada import,” tambah beliau.

Bagi menangani isu ini, beliau menegaskan perlunya satu ekosistem pertanian yang menyeluruh dibangunkan di Sarawak yang mana ia merangkumi penanaman, pemprosesan dan pemasaran, agar negeri ini lebih berdikari dalam aspek pengeluaran makanan asas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan