Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki warga emas yang dikhuatiri lemas di Sungai Batang Kayan, Lundu, semalam, diteruskan hari ini. Foto JBPM

SAR diteruskan, mangsa lemas di Lundu belum ditemui

LUNDU, 10 Jun: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki warga emas yang dikhuatiri lemas di Sungai Batang Kayan di sini semalam, diteruskan hari ini.

Komander Operasi, Joseph Diea berkata, SAR yang memasuki hari kedua itu dimulakan pagi tadi dengan radius pencarian dua kilometer menyusuri hulu dan hilir Sungai Batang Kayan.

“Setakat ini mangsa Awang Bosman Awang Jibi, 74, masih belum dijumpai.Turut serta dalam operasi SAR ini ialah pihak polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 11.20 pagi semalam, mangsa dilaporkan turun ke sungai untuk menjala ikan di sungai berhampiran Kampung Sileng, Lundu (Loba Batang Lama) menghala ke hilir.

“Mangsa dilapor hilang apabila penduduk yang melalui sungai tersebut menjumpai bot mangsa berpusing dan melanggar tebing sungai namun mangsa tiada di dalam bot.

“Mangsa dikhuatiri terjatuh ke dalam sungai. Laporan polis telah dibuat oleh keluarga mangsa di IPD Lundu dan tindakan operasi SAR dimulakan di lokasi kejadian,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan