Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perkhidmatan kereta api penumpang antara Pyongyang dan Moscow akan disambung semula pada 17 Jun ini Foto media sosial

Perkhidmatan kereta api penumpang terpanjang dunia disambung semula pada 17 Jun

ByBernama

MOSCOW, 10 Jun: Perkhidmatan kereta api penumpang antara Pyongyang dan Moscow akan disambung semula pada 17 Jun ini, lapor Xinhua.

Laluan Pyongyang-Moscow, yang akan beroperasi dua kali sebulan, kini menjadi perkhidmatan kereta api antarabangsa terpanjang di dunia.

Perjalanan sejauh lebih 10,000 kilometer itu mengambil masa kira-kira lapan hari untuk disempurnakan.

Selain itu, Kereta Api Rusia (Russian Railways) turut mengumumkan melalui saluran rasmi Telegramnya bahawa perkhidmatan kereta api penumpang antara Pyongyang dan Khabarovsk, Rusia dijadual disambung semula pada 19 Jun.

Perkhidmatan kereta api penumpang antara Korea Utara dan Rusia sebelum ini digantung pada Februari 2020 susulan pandemik COVID-19. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan