Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM) Rexy Mainaky. Foto fail Bernama

Pemain beregu jangan leka dengan kejayaan – Rexy

ByBernama

PUTRAJAYA, 10 Jun: Pengarah Kejurulatihan beregu negara Rexy Mainaky mengingatkan gandingan negara supaya tidak leka dengan kejayaan demi kejayaan yang dicapai hingga boleh menjejaskan prestasi mereka.

Beliau berkata masih banyak kejohanan akan ditempuh dan mereka perlu bekerja keras dalam usaha mengejar matlamat utama iaitu layak ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28).

“Kalau kita berbicara berpuas hati, kita harus menghargai apa yang sudah dibuat oleh pemain dengan suatu kepuasan.

“Tapi kena ingat jangan sampai kepuasan itu menyebabkan kita leka kerana kejohanan masih banyak dan Olimpik masih jauh,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat Road To Gold (RTG) di Menara Kementerian Belia dan Sukan di sini hari ini.

Terdahulu, dua beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun menampilkan aksi memberangsangkan di beberapa kejohanan disertai mereka.

Aaron-Wooi Yik meraih tiga gelaran dalam tempoh tiga bulan iaitu Kejohanan Badminton Asia pada April, Terbuka Thailand (Mei) dan Terbuka Singapura awal bulan ini manakala Wei-Chong Kai Wun muncul juara Masters Malaysia.

Selain itu, beregu wanita negara Pearly Tan-M Thinaah juga tidak kurang hebatnya apabila menjuarai Terbuka Thailand.

Sementara itu, Rexy merakamkan penghargaan kepada jawatankuasa RTG khususnya Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yang memulakan program berkenaan lebih awal.

“Saya rasa kita merupakan negara terawal membuat persiapan LA28 melalui program RTG. Bagi saya ini merupakan satu perkembangan positif buat atlet RTG,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan