Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jenazah Wan Nur Suhaila Wan Mohammad, 22, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan di Kampung Amer malam tadi. Foto Bernama

Nahas di Gerik: Lima jenazah pelajar UPSI selamat dikebumikan

ByBernama

JERTIH, 10 Jun: Tiga lagi pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) dekat Gerik, Perak pada Isnin selamat dikebumikan awal pagi ini.

Jenazah Fatin Nasrien Fadil, 22, dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Kerandang di sini pada 4.10 pagi.

Kira-kira 100 ahli keluarga, rakan dan penduduk kampung serta Ahli Dewan Undangan Negeri Jabi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri Datuk Dr Azman Ibrahim hadir memberikan penghormatan terakhir.

Sementara itu, jenazah Fakhrul Arif Rosdi, 20, dan Sufea Adela Maslihaizan, 21, selamat dikebumikan masing-masing di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir Akar serta Tanah Perkuburan Islam Kampung Gong Penaga kedua-duanya pada 4.30 pagi.

Terdahulu, jenazah Fatin Nasrien, Fakhrul Arif dan Sufea Adela bersama 10 jenazah pelajar UPSI yang lain disembahyangkan di Masjid Hadhari di sini selepas tiba dari Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, Perak pada 2.55 pagi ini.

Difahamkan, lapan lagi jenazah akan turut dikebumikan awal pagi ini,

Sementara itu, jenazah Nurul Fatihah Abu Setaman,22, dan Nurul Izyanti Muhamad Azhar,21, akan dikebumikan pagi ini masing-masing di Tanah Perkuburan Kampung Gong Duek dan di tanah perkuburan di Jalan Hospital Jerteh.

Terdahulu, jenazah Wan Nur Suhaila Wan Muhammad dan Muhammad Adib Hazim Halim selamat dikebumikan.

Wan Nur Suhaila dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Amer, Kampung Raja, Besut pada 11.37 malam tadi manakala Muhammad Adib di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir Badak, Hulu Besut dekat sini pada 12.15 tengah malam dan kedua-duanya dibawa dari Hospital Gerik.

Dalam kemalangan yang berlaku antara 12.30 hingga 1 pagi itu, 15 penuntut UPSI maut apabila bas yang disewa khas dari Jertih ke Tanjung Malim terbalik selepas terlibat dalam kemalangan dengan kenderaan jenis Perodua Alza di JRTB berhampiran Tasik Banding.

Kemalangan itu turut mengakibatkan 33 lagi cedera termasuk pemandu dan kelindan bas serta pemandu dan tiga penumpang Alza. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan