Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Parlimen Nibong Tebal, Fadhlina Sidek ketika merakam kenangan bersama para pelajar pada Majlis Sambutan Pelajar Program Pendidikan Tingkatan Enam di Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hari ini. Foto TVS

KPM nilai kerosakan kebakaran SM Sains Alam Shah

NIBONG TEBAL, 10 Jun: Kementerian Pendidikan (KPM) akan menjalankan penilaian serta-merta terhadap tahap kerosakan bangunan pentadbiran Sekolah Menengah (SM) Sains Alam Shah di Cheras, Kuala Lumpur, yang musnah dalam kebakaran.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya telah mengarahkan Ketua Setiausaha kementerian itu untuk turun padang dan menjalankan penilaian menyeluruh bagi memastikan bantuan sewajarnya dapat disalurkan segera agar proses pengajaran dan pembelajaran tidak terganggu.

“Kita ambil tindakan segera dengan memastikan tiada kemalangan jiwa serta menjaga kebajikan guru dan murid dengan menempatkan mereka di tempat selamat.

“Bantuan akan disegerakan dan KPM akan pastikan sekolah itu dapat berjalan dengan baik dan kondusif untuk anak-anak belajar,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal ditemui selepas Majlis Sambutan Pelajar Program Pendidikan Tingkatan Enam di Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan bahawa blok pentadbiran SM Sains Alam Shah yang menempatkan bilik guru, bilik fail, dan makmal berkeluasan kira-kira 2,740 meter persegi musnah dijilat api selepas terbakar 100 peratus dalam kebakaran kira-kira pukul 4.15 pagi Selasa.

Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden tersebut, dan kebakaran dipadam sepenuhnya pada pukul 6.18 pagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan