Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KPM mempunyai pekeliling khas yang memperincikan tanggungjawab yang perlu dipatuhi oleh guru pengiring, murid, dan ibu bapa, terutama dalam aspek keselamatan. Foto TVS

KPM kawal ketat SOP lawatan luar, rombongan pelajar – Fadhlina

NIBONG TEBAL, 10 Jun: Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus mengawal ketat prosedur operasi standard (SOP) bagi sebarang aktiviti lawatan luar serta rombongan murid dan guru, untuk mengelakkan sebarang kemalangan atau kejadian tidak diingini.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, KPM mempunyai pekeliling khas yang memperincikan tanggungjawab yang perlu dipatuhi oleh guru pengiring, murid, dan ibu bapa, terutama dalam aspek keselamatan.

Katanya, menerusi Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 9 Tahun 2023, pihaknya menyenaraikan panduan lawatan yang melibatkan permohonan, termasuk waktu lawatan dan keselamatan kenderaan.

“Antaranya, program mestilah tamat sebelum pukul 12 tengah malam. Jika perlu bermalam, terdapat peraturan-peraturan yang harus diikuti oleh para guru dan pengiring.

“Kenderaan yang membawa anak-anak ini mestilah memenuhi beberapa spesifikasi, seperti lulus pemeriksaan keselamatan, dan barulah kita benarkan anak-anak ini mengikuti rombongan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Pelajar Program Pendidikan Tingkatan Enam di Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, hari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai insiden menyayat hati tragedi bas yang membawa mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada awal pagi semalam, Fadhlina berkata, kejadian itu disifatkan sebagai satu kehilangan besar dalam dunia pendidikan negara.

“Saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa. Negara kehilangan potensi besar bakal-bakal guru yang akan mendidik anak bangsa pada masa hadapan,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.10 pagi itu, seramai 15 pelajar universiti itu terkorban, manakala 27 lagi cedera selepas bas dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan yang turut melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Raya Timur Barat, Gerik, Perak.

Bas yang membawa 42 pelajar itu dikatakan dalam perjalanan dari Jertih, Terengganu, menuju ke kampus UPSI di Tanjung Malim, Perak.

Menurut Fadhlina, insiden berkenaan turut melibatkan warga KPM apabila pemandu dan penumpang MPV yang terlibat merupakan pasangan guru.

Katanya, KPM melalui Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah turut memberi perhatian penuh kepada kebajikan guru terbabit dan dua anak mereka yang ketika ini dirawat di Hospital Baling, Kedah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan