Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Waktu operasi Stesen LRT Bukit Jalil dilanjutkan hingga 12.30 tengah malam ini bersempena dengan perlawanan Kelayakan Piala Asia AFC antara Malaysia dengan Vietnam yang berlangsung malam ini. Foto Rapid KL (FB)

Kelayakan AFC: Operasi Stesen Bukit Jalil dilanjutkan hingga 12.30 tengah malam

ByBernama

KUALA LUMPUR, 10 Jun: Waktu operasi Stesen LRT Bukit Jalil dilanjutkan hingga 12.30 tengah malam ini bersempena dengan perlawanan Kelayakan Piala Asia AFC antara Malaysia dengan Vietnam yang berlangsung malam ini.

Rapid Rail Sdn Bhd dalam kenyataan memaklumkan pelanjutan itu bagi memastikan kelancaran pergerakan penyokong ke dan dari lokasi perlawanan, iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Bagi melancarkan perjalanan penyokong, waktu operasi stesen-stesen integrasi juga akan turut dilanjutkan. Stesen-stesen lain akan ditutup seperti biasa, namun penumpang masih boleh keluar di semua stesen untuk meneruskan perjalanan pulang mereka,” menurut kenyataan Rapid Rail hari ini.

Penyokong turut disaran menggunakan kad Touch ‘n Go dan memastikan baki kad mencukupi bagi mengelakkan kesesakan ketika masuk dan keluar stesen.

“Bagi yang menggunakan token, disarankan agar membeli token pergi dan balik lebih awal, sebelum meninggalkan stesen,” menurut kenyataan itu.

Rapid Rail juga akan menempatkan petugas tambahan di lokasi-lokasi strategik bagi membantu pergerakan penyokong dan memastikan aliran trafik di dalam stesen berjalan lancar. Penyokong yang memerlukan bantuan digalakkan mendapatkan pertolongan daripada petugas stesen.

Orang ramai disarankan mengikuti saluran media sosial Rapid KL dan memuat turun aplikasi PULSE Rapid KL bagi merancang perjalanan mereka dengan lebih mudah.

Untuk maklumat lanjut mengenai jadual perkhidmatan Rapid KL, layari www.myrapid.com.my. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan