Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keadaan semasa di kawasan kejadian kemalangan yang mengorbankan 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Banun, Gerik, awal pagi tadi, pada tinjauan Bernama di sini hari ini. Siasatan awal polis mendapati, kemalangan itu dipercayai berpunca apabila bas yang dinaiki mereka terlanggar bahagian belakang kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Alza, sebelum terbalik. Foto Bernama

Isteri, anak pemandu Perodua Alza ditempatkan dalam wad sama di Hospital Baling

ByBernama

BALING, 10 Jun: Isteri dan anak sulung pemandu kereta Perodua Alza yang terbabit kemalangan mengorbankan 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) awal pagi semalam, ditempatkan dalam wad yang sama di Hospital Baling di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kesihatan Kedah Mansor Zakaria juga berkata kesemua ahli keluarga yang terbabit berada dalam keadaan baik walaupun dua daripadanya masih dirawat.

“Saya berbual dengan pemandu Perodua Alza (Mohd Lutfi Radzi, 37) dan melihat keadaan beliau semakin beransur pulih, begitu juga anak bongsunya (Muhammad Ahsan Nafis, 2), tiada kesan luka.

“Walaupun kedua-dua sudah dibenarkan pulang ke rumah semalam, namun mereka berada di wad untuk menemani isteri dan anak sulungnya yang masih dirawat… Kesemua mereka ditempatkan di wad yang sama untuk memudahkan pemantauan,” katanya kepada Bernama selepas melawat keluarga terbabit di Hospital Baling di sini hari ini.

Tambah beliau, isteri Mohd Lutfi iaitu Nurul Ain Zakaria, 36, mengalami kecederaan patah tulang rusuk sebelah kiri manakala anak perempuannya Nur Aisyah Nafishah Mohd Lutfi, 6, patah paha kanan.

“Isterinya masih dalam proses rawatan dan pemantauan kerana selain patah tulang rusuk, dia juga mengalami kesukaran untuk bernafas,” katanya.

Sementara itu, Mansor berkata Mohd Lutfi turut menceritakan kembali detik sebelum berlakunya nahas yang meragut 15 nyawa penuntut UPSI itu.

“Dia memberitahu, kereta dinaiki mereka sekeluarga berada di hadapan bas dan telah dilanggar dari arah belakang, menyebabkan kereta itu berpusing beberapa kali sebelum terjatuh ke dalam longkang sebelah kiri jalan.

“Di sebelah kanan jalan ada gaung dan dia andaikan bas terbabit sedang bergerak laju,” kata Mansor.

Media sebelum ini melaporkan, bas yang membawa penuntut UPSI itu sedang dalam perjalanan dari Jertih, Terengganu menuju Tanjung Malim, Perak, terbabas lalu melanggar kereta Perodua Alza dinaiki Mohd Lutfi sekeluarga, dalam kejadian di Gerik, Perak awal pagi semalam. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan