Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Marldson Sanggin menunjukkan golden melon yang ditanam di ladang miliknya di Graji Atas, Betong. Foto TVS

Graduan jadi petani berjaya

BETONG, 10 Jun: Keputusan berbakti kepada tanah dengan menjadi petani sepenuh masa berbaloi bagi pemegang Ijazah Sarjana Muda Pembangunan Sumber Manusia dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) apabila Marldson Sanggin Maoh, 32, kini bergelar pengusaha tanaman golden melon dengan pendapatan sekitar RM36,000 setahun.

Menurutnya, dia memulakan usaha dengan menanam cili secara kecil-kecilan di kebun lada milik bapanya sebelum menjual kepada peniaga makanan sekitar Betong dengan wang lebihan pinjaman PTPTN sebanyak RM2,300 sebagai modal awal.

Katanya, usahanya mendapat perhatian Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar, Dato Gerald Rentap Jabu yang mencadangkannya mengusahakan tanaman golden melon dengan bimbingan Jabatan Pertanian Betong dan pakar dari Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Rampangi, Kuching.

“Masa itu, bila dapat panggilan daripada Dato Gerald Rentap Jabu, saya menolak kerana tidak yakin selain menyedari pengalaman dalam tanaman golden melon memang kosong.

“Selepas itu saya dihantar untuk menjalani kursus di TKPM Rampangi selain bimbingan dari Jabatan Pertanian Bahagian Betong,” katanya mengimbau kembali detik bermulanya kerjaya dalam tanaman golden melon ketika ditemui baru-baru ini.

Kini ladang golden melon milik bapa kepada seorang puteri berusia setahun lima bulan ini mampu mengeluarkan hasil sekitar 700 kilogram (kg) pada satu kali tuaian dengan pendapatan sekitar RM36,000 setahun.

“Saya jual ikut berat atau timbang dengan harga RM12 ringgit sekilogram, dengan pada satu musim ladang saya dapat menghasilkan sekitar 700 kilogram (kg) golden melon. Jadi pendapatan itu adalah dalam RM3,000 sebulan,” jelasnya.

Kini, beliau lebih fokus kepada tanaman golden melon berbanding cili dan rock melon bagi memastikan bekalan sentiasa mencukupi.

Sebagai pengusaha muda tani di Betong, Marldson berharap projek pembinaan STOLport di Spaoh bakal membuka peluang baharu dan meluaskan pasaran golden melon miliknya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan