Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pihak Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) telah menjalankan kerja-kerja pembersihan di kawasan hadapan Central View Hotel, termasuk jalan menuju ke Taman Lee Hua baru-baru ini. Foto BDA

BDA kesal tindakan buang sampah sembarangan

BINTULU, 10 Jun: Pihak Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) telah menjalankan kerja-kerja pembersihan di kawasan hadapan Central View Hotel, termasuk jalan menuju ke Taman Lee Hua di sini, baru-baru ini.

BDA dalam kenyataan berkata, pihaknya kesal dengan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab membuang sampah merata-rata yang bukan sahaja mencacatkan pemandangan, tetapi juga menjejaskan kebersihan dan keselesaan awam.

BDA ingin mengingatkan orang ramai bahawa membuang sampah sembarangan adalah satu kesalahan di bawah undang-undang.

“Marilah kita sama-sama memelihara kebersihan kawasan Bintulu demi kesejahteraan bersama,” kata kenyataan itu.

Mereka yang menyaksikan perbuatan membuang sampah secara haram boleh membuat laporan kepada BDA untuk tindakan lanjut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan