Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Abdullah Saidol bersama Datuk Aidil Lariwoo mengadakan perjumpaan bersama agensi pelaksana dan kontraktor pembinaan Jambatan Paloh pada Selasa. Foto UKAS

Abdullah kecewa Jambatan Batang Paloh lewat siap akibat isu luar jangka

TANJUNG MANIS, 10 Jun: Kelewatan hampir setahun pembinaan Jambatan Batang Paloh bukan disebabkan kecuaian kontraktor, sebaliknya berpunca daripada isu teknikal kompleks yang tidak dijangka termasuk insiden pelanggaran tiang jambatan oleh sebuah kapal.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol berkata kejadian itu menyebabkan dua tiang jambatan rosak teruk dan terpaksa dibina semula.

“Ini bukan soal kecuaian, tetapi melibatkan insiden luar kawalan. Namun, kelewatan ini menimbulkan kebimbangan, khususnya terhadap kesesakan luar biasa yang dijangka berlaku di pengkalan feri Batang Paloh jika projek ini terus tertangguh, terutama menjelang hari raya puasa tahun hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika meninjau perkembangan semasa projek itu dalam lawatan kerja bersama Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak (MIPD), Datuk Aidil Lariwoo dekat sini, hari ini.

Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop berkata pihaknya berharap penambahan perkhidmatan feri sementara dapat dilaksanakan bagi mengurangkan kesesakan ketika musim perayaan.

Lawatan itu juga adalah susulan kepada kunjungan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, tiga bulan lalu bagi memastikan semua perancangan untuk mempercepatkan kerja pembinaan dipatuhi oleh kontraktor.

“Walaupun sangat kecewa dengan kegagalan kontraktor untuk menyiapkan projek mengikut jadual baharu, tetapi saya amat menghargai kesungguhan MIPD and Jabatan Kerja Raya (JKR) yang kerap datang ke tapak projek untuk memberi tekanan kepada kontraktor supaya lebih cekap dan cepat.

“Saya juga amat menghargai keprihatinan pimpinan negeri, termasuk lawatan kerja oleh Datuk Amar Douglas Uggah sebelum ini, yang menunjukkan komitmen kerajaan dalam memastikan kelancaran projek,” katanya.

Jambatan Batang Paloh merupakan salah satu daripada 16 jambatan yang dibina sepanjang jalan pesisir Sarawak di bawah inisiatif memperkasa jaringan infrastruktur luar bandar. Ia dijangka siap sepenuhnya pada September tahun depan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan