Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu Begri turut berkesempatan mengadakan meja bulat bersama wakil rakyat kawasan dalam Bahagian Betong semasa bengkel berlangsung. Foto: FB Dr. Richard Rapu.

27 projek RTP dilaksana di Betong tahun depan

KUCHING, 10 Jun : Sebanyak 27 projek telah disenaraikan dalam cadangan pelaksanaan d bawah Projek Transfirmasi Luar Bandar (RTP) pada tahun depan bagi kawasan Parlimen Betong.

Ahli Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu Begri berkata, cadangan projek-projek tersebut merangkumi tiga kawasan DUN di Betong iaitu, Saribas, Layar dan Bukit Saban.

“Projek-projek ini merangkumi pelbagai aspek pembangunan infrastruktur asas dan kemudahan awam, termasuk pembinaan dan naik taraf jalan kampung, sistem perparitan, kemudahan sukan dan rekreasi, serta penyediaan infrastruktur sosial yang menyokong kesejahteraan masyarakat setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi laman Facebook rasminya selepas hadir ke Bengkel Penyediaan Senarai Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) Bahagian Betong Tahun 2026 anjuran Lejabat Residen Bahagian Betong di sebuah hotel terkemuka di Kuching pada Selasa.

Mengulas berkenaan bengkel katanya, ia amat penting untuk menyelaras dan merangka senarai cadangan projek RTP secara menyeluruh dan teratur agar setiap projek yang dirancang dapat memberikan impak positif serta manfaat yang berterusan kepada penduduk luar bandar di Betong.

“Semoga perancangan yang dibuat dalam bengkel ini akan menjadi asas kukuh kepada pelaksanaan projek RTP yang lebih berkesan dan berimpak tinggi pada tahun 2026, sekaligus menyumbang ke arah peningkatan taraf hidup dan kesejahteraan rakyat di kawasan luar bandar Bahagian Betong,” katanya.

Turut hadir, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terlibat, Residen Bahagian Betong, Richard Michael Abunawas, wakil-wakil dari Pejabat Pusat Khidmat Rakyat dalam pentadbiran Bahagian Betong dan pegawai-pegawai daripada agensi pelaksana terbabit. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan