Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Pendidikan Sri Lanka mengeluarkan arahan untuk mencegah penularan denggi dan Chikungunya di sekolah seluruh negara, lapor Xinhua yang memetik media tempatan pada Ahad. Foto hiasan Envato

Sri Lanka keluar garis panduan baharu bendung denggi, Chikungunya di sekolah

ByBernama

COLOMBO, 9 Jun: Kementerian Pendidikan Sri Lanka mengeluarkan arahan untuk mencegah penularan denggi dan Chikungunya di sekolah seluruh negara, lapor Xinhua yang memetik media tempatan pada Ahad.

Menurut arahan baharu itu, pengetua sekolah boleh berdepan tindakan undang-undang sekiranya terdapat tempat pembiakan nyamuk ditemukan dalam kawasan sekolah semasa pemeriksaan dilakukan.

Menurut Kementerian Pendidikan, setiap sekolah mesti membangunkan dan melaksanakan program mereka sendiri untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk sambil meneruskan aktiviti pendidikan tanpa gangguan.

Notis dihantar kepada pengetua semua sekolah awam dan sekolah swasta yang diluluskan kerajaan, ketua sekolah agama, dekan kolej pendidikan kebangsaan, serta ketua institusi pendidikan lain dan pejabat pendidikan negeri untuk memaklumkan mengenai langkah baharu itu.

Kementerian juga memaklumkan yang pemeriksaan berkala akan dijalankan di sekolah.

Kes denggi dan Chikungunya kini meningkat di Sri Lanka.- TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan