Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebanyak 19 buah van jenazah dihantar ke Perak bagi urusan membawa pulang jenazah pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, awal pagi tadi. Foto hiasan Bernama

Sebanyak 19 van jenazah dihantar ke Perak, bawa pulang jenazah pelajar UPSI

ByBernama

JERTIH, 9 Jun: Sebanyak 19 buah van jenazah dihantar ke Perak bagi urusan membawa pulang jenazah pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, awal pagi tadi.

Pengerusi Pertubuhan Amal Komuniti Besut (Amal Besut) Terengganu Mohd Azizul Azli Mohd Sani berkata enam daripada van jenzah itu, milik Amal Besut dan sebuah lagi Amal Setiu.

“Selebihnya daripada masjid-masjid di daerah Besut, Pejabat Penyelaras Dun Kuala Besut dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Pasir Putih, Kelantan,” katanya ditemui di pekarangan Masjid Hadhari di sini hari ini.

Mohd Azizul Azli berkata sebanyak 46 sukarelawan turut serta dalam konvoi berkenaan, termasuk 16 jurumandi jenazah dari Besut, bagi urusan memandikan jenazah sebelum dibawa pulang.

Beliau berkata pihak Amal Besut turut membawa kelengkapan pengurusan jenazah seperti kain kapan secukupnya.

“Semua perkhidmatan pengurusan dan membawa pulang jenazah mangsa yang terlibat dalam kemalangan bas membawa pelajar UPSI dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza itu adalah percuma, ditanggung oleh Amal Besut,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Besut Supt Azamuddin Ahmad ketika ditemui berkata pihaknya menyediakan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Besut, bagi mengiring perjalanan pergi dan pulang konvoi van jenazah tersebut bagi memastikan perjalanan lancar. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan