Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Aidel Lariwoo ditemui semasa lawatan kerja menaik taraf Jalan Kuching-Bau dan Jalan Simpang Bau-Lundu ke Pekan Bau pada Isnin. Foto TVS

Sarawak komited selesaikan isu utiliti Jalan Bau

BAU, 9 Jun: Kerajaan Sarawak akan mempergiat usaha menyelesaikan isu pengalihan utiliti seperti saluran air dan elektrik serta pemindahan infrastruktur rumah penduduk kampung yang menyebabkan kelewatan kerja naik taraf Jalan Kuching-Bau dan Jalan Simpang Bau-Lundu ke Pekan Bau.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (Infrastruktur) Sarawak, Datuk Aidel Lariwoo berkata, pihaknya sentiasa proaktif bekerjasama dengan Jabatan Tanah dan Survei serta Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak bagi memastikan projek fasa satu bernilai RM74 juta itu dapat disiapkan menjelang 9 April 2027 atau lebih awal.

“Setakat ini, kemajuan projek berada pada tahap 11.5 peratus dan mengalami kelewatan sebanyak 5.83 peratus.

“Sekiranya isu pengalihan utiliti ini tidak diselesaikan segera, ia akan menjejaskan pelaksanaan projek yang amat penting ini bagi menyambung Lebuhraya Pan Borneo ke pekan Bau,” katanya pada sidang media lawatan kerja menaik taraf jalan tersebut pada Isnin.

Projek naik taraf sepanjang 3.65 kilometer itu melibatkan penambahan lorong daripada satu lorong kepada dua lorong bagi meningkatkan kelancaran lalu lintas dan keselamatan pengguna.

Selain itu, projek tersebut dijangka menjadi pemangkin kepada pembangunan sosioekonomi di Bau serta kawasan sekitarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan