Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Protes di San Francisco bertukar ganas, lebih 60 ditahan. Foto sosial media

Protes di San Francisco bertukar ganas, lebih 60 ditahan

ByBernama

WASHINGTON, 9 Jun: Protes terhadap pengusiran pendatang tanpa permit kediaman turut mencetuskan rusuhan di San Francisco, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Kira-kira 60 individu ditahan selepas demonstrasi yang pada awalnya berlangsung secara aman di hadapan bangunan milik pihak berkuasa imigresen AS (ICE) bertukar tegang, menurut laporan stesen tempatan KGO, sekutu CNN.

Menurut laporan itu, ratusan orang berhimpun pada malam Ahad untuk membantah serbuan dan pengusiran pendatang tanpa permit kediaman yang sah, yang sedang giat dijalankan di negeri California.

Keadaan menjadi tegang apabila sebahagian penunjuk perasaan bertindak merosakkan harta benda, melakukan serangan dan menyebabkan kerosakan lain, menurut polis seperti dilaporkan oleh stesen itu.

Bagi meleraikan perhimpunan, pihak berkuasa mengisytiharkan demonstrasi itu sebagai “perhimpunan yang menyalahi undang-undang.”

Namun, masih ada yang enggan bersurai dan kemudian merosakkan bangunan serta sebuah kereta polis di kawasan jalan yang lain. Satu kumpulan lagi turut enggan meninggalkan lokasi, menyebabkan berlakunya lebih banyak tangkapan. Menurut laporan, dua anggota polis cedera dan pihak berkuasa turut merampas sepucuk senjata api.

Sementara itu di Los Angeles, kira-kira 550 kilometer di selatan, yang anggota Pengawal Kebangsaan kini turut dikerahkan bersama polis manakala pihak berkuasa mengenakan larangan berhimpun di pusat bandar ekoran keadaan yang semakin meruncing.

Polis juga mengumumkan yang 56 tangkapan dibuat di sekitar kawasan protes sepanjang hujung minggu.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan