Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ditemui media di Hospital Gerik hari ini berkaitan nahas kemalangan jalan raya di KM53 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli. Foto Bernama

Polis tubuh pasukan petugas khas siasat nahas babitkan bas dinaiki pelajar UPSI

ByBernama

GERIK, 9 Jun: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menubuhkan pasukan petugas khas untuk menyiasat kemalangan membabitkan bas sewa khas dinaiki pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang meragut 15 nyawa di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) di sini awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata PDRM dengan kerjasama Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Jabatan Pengangkutan Jalan, Agensi Pengangkutan Awam Darat dan pihak berkaitan akan menyiasat nahas itu secara menyeluruh

“Kita akan melengkapkan kertas siasatan secepat mungkin untuk kita mendakwa pemandu (bas) tersebut di mahkamah.

“Kita akan menyiasat dalam pelbagai sudut dari segi rekod (kesalahan), latar belakang, kegiatan dan kerjaya dia sebelum ini, kita akan siasat semuanya,” katanya kepada pemberita di Unit Kecemasan Hospital Gerik hari ini.

Terdahulu, Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata 15 pelajar UPSI maut dalam itu yang membabitkan sebuah bas dan sebuah kenderaan pelbagai guna di JRTB Banun berhampiran Tasik Banding di sini.

Beliau berkata bas itu membawa 42 pelajar terdiri daripada lapan lelaki dan 32 perempuan berusia lingkungan 21 hingga 23 tahun yang berasal dari Pantai Timur. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan