Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemandu lori bersama kenderaan pacuan empat roda yang disyaki terlibat dalam kes langgar lari di Jalan Apas, Tawau. Foto Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau

Pemandu pikap ditahan bantu siasatan kes langgar lari

ByTVS

TAWAU, 9 Jun: Seorang lelaki berusia 29 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes langgar lari yang menyebabkan seorang pejalan kaki cedera parah dalam kejadian awal pagi 7 Jun lalu di Batu 3, Jalan Apas.

Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, insiden berlaku ketika mangsa, seorang lelaki berusia 34 tahun sedang bersenam bersama kira-kira 20 rakan dari arah McDonald menuju ke Bandar Seri Indah.

Mangsa dan dua rakannya berada di hadapan kumpulan larian tersebut sebelum dirempuh dari belakang oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna ‘bronze mica’.

Akibat rempuhan, mangsa tercampak ke dalam parit konkrit dan mengalami pendarahan di kepala.

Kini mangsa dirawat di Wad Pembedahan Lelaki Hospital Besar Tawau dan berada dalam keadaan stabil.

Bertindak atas maklumat, polis menahan seorang pemandu lori pada jam 4:05 petang Isnin di IPD Tawau.

Kenderaan yang disyaki digunakan dalam kejadian turut disita dan didapati tidak mempunyai cukai jalan serta insurans sah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 – memandu secara melulu dan membahayakan serta Seksyen 52(2) akta sama – gagal melaporkan kemalangan dalam tempoh 24 jam.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan