Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki cedera selepas lori tangki muatan minyak kelapa sawit dipandu terlibat dalam kemalangan kendiri di tepi jalan berhadapan Kompleks Perumahan Polis Tabuan Jaya, Kuching, hari ini. Foto JBPM

Pemandu cedera, lori tangki terbalik di Tabuan Jaya

KUCHING, 9 Jun: Seorang lelaki cedera selepas lori tangki membawa muatan minyak kelapa sawit terbabit dalam kemalangan kendiri dan terbalik di tepi jalan berhampiran Kompleks Perumahan Polis Tabuan Jaya, di sini hari ini.

Komander Operasi, Pandi Seh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 10.31 pagi sebelum menggerakkan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya ke lokasi.

“Pemandu lori mengalami kecederaan di tangan dan menerima rawatan awal daripada petugas ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut memaklumkan bahawa tiada operasi penyelamatan dijalankan kerana tumpahan minyak hanya berlaku di kawasan berumput di pinggir jalan dan tidak mengancam keselamatan pengguna jalan raya atau orang awam.

“Pasukan hanya menjalankan pemantauan keselamatan di lokasi. Setelah memastikan keadaan terkawal dan selamat, pasukan kembali ke balai,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan