Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Bandar Kuching Selatan, Datuk Wee Hong Seng melakukan cabutan undi pengusaha gerai Kuching Food Festival 2025 di Bangunan MBKS hari ini. Foto Bong Yi Sien (TVS)

Kuching Food Festival 2025 tawar lebih 330 gerai makanan

ByBong Yi Sien

KUCHING, 9 Jun: Lebih 330 gerai makanan akan memeriahkan Kuching Food Festival 2025 yang dijadualkan berlangsung dari 25 Julai hingga 17 Ogos di Dewan Masyarakat Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).

Datuk Bandar Kuching Selatan, Datuk Wee Hong Seng berkata, sambutan daripada pengusaha gerai amat menggalakkan tahun ini dengan sebanyak 776 permohonan diterima namun hanya 330 lot gerai dapat ditawarkan.

“Disebabkan jumlah permohonan yang tinggi, kami memastikan proses cabutan undi bagi menentukan kelayakan pengusaha gerai dijalankan secara telus dan adil,” katanya semasa sesi cabutan undi yang diadakan di tingkat 3A, Bangunan MBKS, hari ini.

Menurutnya, bagi menceriakan lagi suasana festival dan memperindah kawasan jualan, MBKS turut memperkenalkan anugerah gerai paling kreatif sekali gus menggalakkan pengusaha menghias gerai masing-masing.

“Pemenang anugerah ini akan diberikan keutamaan dalam pemilihan lokasi gerai sebagai ganjaran,” ujarnya.

Beliau menambah, dalam usaha menyemarakkan semangat kebajikan, MBKS turut menggalakkan semua pengusaha gerai menyumbang secara sukarela kepada lebih 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Pengusaha dengan sumbangan tertinggi juga akan diberi keutamaan memilih lokasi gerai.

Bagi menjamin keselamatan makanan dan kesihatan awam sepanjang festival berlangsung, semua pengusaha gerai diwajibkan melengkapkan suntikan vaksinasi, pemeriksaan kesihatan dan kursus pengendalian makanan.

Kuching Food Festival merupakan acara tahunan yang dinanti-nantikan penduduk tempatan dan pelancong kerana menyajikan pelbagai pilihan makanan tempatan dan antarabangsa serta menjadi platform keusahawanan yang penting di Sarawak.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan